Amerika Utara

Berpuluh mayat migran dalam treler [METROTV]

Oleh BERNAMA

Washington: Sekurang-kurangnya 40 mayat migran tanpa dokumen pengenalan diri dijumpai dalam sebuah treler di San Antonio, Texas, lapor Sputnik.

Sementara itu, lebih sedozen mangsa yang masih hidup kini menerima rawatan di hospital, lapor Fox News, memetik sumber.

Kejadian berlaku dipercayai akibat operasi penyeludupan manusia.

Pihak berkuasa belum mendedahkan angka korban sebenar tetapi seorang wakil rakyat parti Republikan yang mewakili Texas, Tony Gonzales memaklumkan menerusi ciapannya bahawa seramai 42 orang maut.

Disiarkan pada: June 28, 2022 @ 1:32pm
d