Amerika Utara

R Kelly dipenjara 30 tahun [METROTV]

Oleh AFP

New York: Penyanyi R&B terkenal, R Kelly dijatuhi hukuman penjara 30 tahun, semalam kerana selama beberapa dekad, merekrut dan memerangkap remaja dan wanita untuk seks.

"Saya bersyukur Robert Sylvester Kelly, tiada dan akan menjauhkan diri dan tidak akan boleh membahayakan orang lain," kata mangsa, Lizzette Martinez kepada pemberita di luar mahkamah persekutuan di Brooklyn.

Pada September 2021, artis itu didapati bersalah atas kesemua sembilan pertuduhan yang dihadapinya termasuk yang paling serius melakukan pemerasan.

"Orang ramai perlu dilindungi daripada tingkah laku seperti ini," kata hakim Ann Donnelly, menyerahkan istilah itu.

Breon Peace, peguam Amerika Syarikat untuk Daerah Timur New York memuji hukuman itu sebagai keputusan terbaik untuk 11 mangsa yang memberi keterangan mengenai "penderaan ngeri dan sadis yang mereka alami."

Peguam Kelly sebelum ini meminta hukuman ringan dengan maksimum kira-kira 17 tahun penjara.

Peguam Jennifer Bonjean memberitahu hakim, anak guamnya adalah hasil didikan salah termasuk didera secara seksual ketika kecil.

Hukuman itu dibuat lebih sebulan sebelum pemilihan juri akan dimulakan dalam perbicaraan kes berasingan di mahkamah persekutuan dihadapi Kelly yang sudah lama tertangguh di Chicago pada 15 Ogos depan.

Dalam kes itu, Kelly dan dua yang lain didakwa menipu dalam perbicaraan kes pornografi membabitkan penyanyi itu pada 2008, dan menyembunyikan penderaan seksual terhadap individu bawah umur, selama bertahun-tahun.

Disiarkan pada: June 30, 2022 @ 10:22am
d