Amerika Utara

Bapa tembak mati anak sebelum tembak dirinya sendiri

Oleh AP

Washington: Seorang lelaki di Oklahoma City bertindak menembak tiga anaknya yang masih kecil kemudian menembak dirinya.

Saksi yang berjoging atau berjalan kaki menghubungi polis selepas ternampak empat mayat di dalam kenderaan di kawasan kejiranan barat laut Oklahoma City, kira-kira 7.30 pagi, semalam, kata Kapten Michelle Henderson.

Henderson berkata, lelaki dan kanak-kanak itu tidak tinggal di kawasan kejiranan tempat mereka ditemukan, tetapi mereka tinggal berdekatan.

Henderson berkata, polis mencari lelaki dan anak lelakinya sejurus sebelum 4.30 pagi selepas mengetahui dia membawa kanak-kanak itu dan membuat "kenyataan mengenai" kesejahteraan mereka.

Nama dan umur semua mangsa tidak didedahkan, walaupun Henderson berkata, kanak-kanak itu masing-masing berusia di bawah tujuh tahun.

"Hujung minggu ini, kami hanya dapat memberikan maklumat yang sedikit dan butiran lanjut dijangka diberikan pada Isnin," kata Henderson.

Disiarkan pada: August 7, 2022 @ 10:01am
d