Amerika Utara

Surat bawah patung Ratu Victoria

Oleh Agensi

Ottawa: Surat permohonan maaf dipercayai ditulis ratusan tahun lalu ditemukan di bawah patung Ratu Victoria yang tumbang di Kanada, tahun lalu

Patung itu dirobohkan penunjuk perasaan itu menampilkan satu surat ditinggalkan dalam botol kaca bertarikh 30 Julai 1921.

Surat itu ditemukan pekerja yang menggali tanah di bawah patung di Manitoba, Kanada.

"Disebabkan larangan, kami tidak dapat mematuhi adat menyimpan sebotol brendi di bawah batu. Kami amat kesal," kata Reg Helwer, menteri yang bertanggungjawab, lapor CBC .

Mesej itu ditandatangani seorang pemotong batu, pekerja dan seorang birokrat yang juga timbalan menteri kerja raya wilayah itu pada masa itu.

Larangan mengeluarkan, mengimport atau menjual alkohol antara 1920 dan 1933 bukan hanya di Amerika Syarikat, malah ia turut terpakai di Kanada.

Helwer berkata, ini bukan kali pertama sejarah Manitoba digali.

Patung itu dirobohkan sebelum kepalanya dilemparkan penunjuk perasaan ke Sungai Assiniboine.

Insiden itu berlaku semasa perhimpunan kubur kanak-kanak orang asli tahun lalu.

Disiarkan pada: December 6, 2022 @ 12:33pm
d