Amerika Utara

PM Kanada isytihar Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata

Oleh Bernama-Xinhua

Ottawa: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengisytiharkan bahawa Jumaat pertama pada Jun setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata, lapor Xinhua.

"Bermula 2 Jun ini, hari ini sempena memperingati mangsa keganasan senjata api, memberi kesedaran tentang krisis yang melanda negara kita, dan menggalakkan rakyat Kanada untuk bersama-sama mencari penyelesaian," kata Trudeau dalam satu kenyataan media.

Menurut kenyataan itu, warga Kanada diminta memakai pakaian putih pada hari itu sebagai simbol keamanan dan gencatan senjata.

Keganasan senjata api dilaporkan masih meningkat di Kanada walaupun kerajaan mengambil tindakan bersepadu, termasuk mengharamkan 1,500 model senjata api dan memperkenalkan Rang Undang-Undang C-21, iaitu undang-undang kawalan senjata api paling sukar di Kanada – dan melarang penjualan, pembelian dan pemindahan senjata api.

Satu daripada tiga kes pembunuhan di Kanada berkaitan dengan senjata api, dan negara itu menyaksikan peningkatan lebih 80 peratus membabitkan senjata api sejak 2009.

Disiarkan pada: June 3, 2023 @ 9:14am
d