Asia

Lelaki kaya di China hanya pakai kasut RM18

Oleh Agensi

Beijing: Walaupun berstatus Crazy Rich China dan tersenarai orang terkaya ke-55 di dunia, gaya hidup Zong Qinghou sangat sederhana.

Data terbaru dari Forbes mendedahkan, jumlah kekayaan Zong Qinghou adalah AS$8.7 bilion (RM36 bilion).

Namun, pemilik Hangzhou Wahaha Group yang mengusahakan air mineral botol, teh dan susu itu hanya memakai kasut berharga RMB30 (RM18.91) selama bertahun-tahun.

"Harga kasut kain yang saya pakai sekitar RMB30. Sangat selesa, saya sudah memakainya bertahun-tahun," katanya dalam temu bual dengan agensi berita Xinhua.

Xinhua turut mengungkap pakaian kegemaran Zong Qinghou adalah kemeja biru dan kasut kain hitam.

Tidak hanya itu, perbelanjaan hidup Zong Qinghou juga sangat rendah untuk orang sekaya dirinya yang beberapa kali tercatat sebagai antara individu terkaya di China.

The Wichita Eagle mewartakan, pengeluaran peribadi Zong Qinghou rata-rata hanya AS$20 (RM82.67) sehari.

Dia tidak berjudi, minum arak atau bermain golf malah hanya makan di kantin pejabat.

Gaya hidup berjimat cermat Zong Qinghou juga diterapkan di syarikat miliknya, Hangzhou Wahaha Group Co, syarikat minuman ringan terbesar ketiga di China.

Bekas Pengarah Pemasaran Wahaha, Shang Yang mengatakan Zong memeriksa semua pengeluaran secara peribadi termasuk pembelian penyapu.

"Antara alasan dia begitu berjaya adalah dia menekan pengeluaran, memastikan setiap wang dikeluarkan dipakai untuk menghasilkan lebih banyak wang," kata Shaun Rein, pengarah di Market Research Group berpangkalan di Shanghai.

Forbes memaklumkan, Zong Qinghou yang kini berusia 75 tahun membina Hangzhou Wahaha sebagai kedai di sekolah anak kota Hangzhou pada 1987.

Zong pendukung yang kerap menyuarakan supaya cukai lebih rendah dikenakan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi China.

Anak perempuan tunggalnya, Kelly, adalah pewaris harta kekayaan Zong.

Disiarkan pada: April 7, 2021 @ 6:00am
d