Asia

Padah berniaga guna harta majikan

Oleh Agensi

Singapura: Merasakan tidak diberi peluang yang cukup untuk maju dalam kariernya, seorang pengurus di sebuah syarikat percetakan mula mencetak barang-barang untuk pelanggannya sendiri menggunakan peralatan firma itu.

Channel News Asia melaporkan dia menggunakan kemudahan syarikat untuk memenuhi pesanan pelanggan.

Dia kemudian menubuhkan syarikat percetakannya sendiri yang menghasilkan keuntungan lebih 57,000 dolar Singapura (RM177,606).

Akibatnya, Mike Song, 56, dijatuhkan hukuman penjara setahun pada 29 Julai lalu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah sebagai pekerja.

Song bekerja sebagai pengurus produksi di 8 Ink Media, syarikat khusus dalam perkhidmatan percetakan.

Syarikat itu memindahkan aset dan pekerjanya termasuk Song ke INX Events and Productions pada Februari 2019.

Song mula bekerja untuk syarikat itu pada Oktober 2014 ketika perniagaan itu mula-mula mencetak sepanduk.

Sebagai pengurus pengeluaran, dia memenuhi pesanan percetakan yang dihantar kepada syarikat dan diberi kepercayaan untuk mencetak sumber seperti dakwat dan kertas.

Namun, dia mula menggunakan peralatan majikan untuk mencetak bahan yang dijual menerusi syarikatnya dari November 2015.

Dia didapati tidak bekerja datang bekerja ketika waktu pejabat dan bekerja pada larut malam.

Song memulakan 'kerja luar' selepas merasakan syarikat itu tidak memberinya peluang baik dalam kerjayanya.

Dia didapati menubuhkan syarikatnya sendiri yang mengkhususkan diri dalam perkhidmatan percetakan pada Ogos 2016 dan mencari pelanggannya sendiri ketika masih bekerja dengan 8 Ink Media.

Disiarkan pada: August 2, 2021 @ 7:01am
d