Asia

Denda setengah juta jika pengembara langgar peraturan Covid-19 Arab Saudi

Oleh Agensi

Riyadh: Denda SR500,000 (RM563,542) akan dikenakan terhadap pengembara dari mana-mana negara terjejas akibat Covid-19, yang didapati melanggar peraturan berkaitan pencegahan wabak itu.

Amaran itu dikeluarkan Pejabat Pendakwa Raya negara berkenaan yang memaklumkan penalti akan turut dikenakan kepada pengendali pengangkutan.

Pejabat itu juga menegaskan pengembara yang tiba dengan penerbangan antarabangsa, syarikat penerbangan dan operator pelancongan wajib mengemukakan butiran lengkap perjalanan termasuk sama ada pernah mengunjungi negara terjejas teruk dengan Covid-19.

Kegagalan berbuat demikian membolehkan tindakan tegas diambil ke atas mereka, dengan pesalah didenda sehingga setengah juta riyal dan pengendali perlu menanggung kesan daripada pelanggaran berkenaan, lapor Saudi Gazzete.

Sekiranya pelanggaran peraturan itu disertai dengan pelakuan jenayah, kes akan dirujuk kepada pendakwa raya sebelum dibawa ke mahkamah.

Disiarkan pada: August 2, 2021 @ 1:04pm
d