Asia

China nafi uji peluru berpandu hipersonik

Oleh Agensi

Beijing: China menafikan pihaknya sedang menguji peluru berpandu hipersonik di seluruh dunia sebelum mencapai sasarannya, Ogos lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian sebaliknya memberitahu media, pihaknya menguji kenderaan angkasa pada Julai dan bukannya senjata berkenaan, lapor Independent UK.

Pemerhati berkata, China tidak mengumumkan operasi antara pelancaran ke angkasa ke-77 pada Julai dan apa yang dikatakan kali ke-79, pada bulan Ogos.

Laporan Financial Times yang memetik lima sumber terdekat berkata, negara berkenaan sudah menguji peluru berpandu hipersonik yang terbang melalui ruang orbit yang rendah dan mengelak sistem pertahanan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun pihak berkuasa negara itu tidak memberikan komen mengenai pendedahan itu.

Ketika bercakap kepada media Isnin lalu, Zhao berkata, ujian itu sangat penting untuk mengurangkan kos penggunaan kapal angkasa dan perlu ada jumlah yang berpatutan untuk kegunaan perjalanan manusia ke sana.

Katanya, ujian itu adalah rutin untuk menguji teknologi yang akan digunakan kembali pengangkutan angkasa terbabit.

Jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, pihaknya tahu kemampuan ketenteraan yang ingin dicapai China, namun ia hanya akan meningkatkan ketegangan di rantau ini dan seterusnya.

Disiarkan pada: October 19, 2021 @ 9:30am
d