Asia

Israel dijangka berdepan 2,500 roket Hizbullah

Oleh Agensi

Baitulmaqdis: Israel dijangka berdepan sehingga 2,500 roket yang dilancarkan Hizbullah di Lubnan, jika tercetusnya konflik antara kedua-dua pihak.

Sebelum ini pada Mei lalu, rejim zionis ketika terbabit dalam perang selama 11 hari dengan pejuang Palestin,

berdepan 4,400 roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

The National News melaporkan, Israel ketika itu mendakwa, sistem pertahanan Iron Dome yang dimilikinya selama lebih sedekad berjaya menangkis serangan dari Gaza itu sehingga 90 peratus.

Tentera rejim berkata, serangan pada Mei lalu adalah lebih tinggi daripada apa yang pernah dihadapi Israel semasa Perang Lubnan 2006.

Serangan berkenaan juga mengakibatkan bandar seperti Tel Aviv dan Ashdod menjadi "sasaran terbesar dalam sejarah Israel", kata Mejar Jeneral Ori Gordin.

"Kami melihat lebih dari 400 roket ditembak ke arah Israel setiap hari," katanya.

Dia menjangkakan konflik dengan Hizbullah akan menyebabkan Israel berdepan serangan roket lima kali ganda daripada jumlah itu.

Disiarkan pada: October 19, 2021 @ 10:05am
d