Asia

Korea Utara uji peluru berpandu balistik

Oleh AFP

Seoul: Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke laut, siri ujian terbaru oleh Pyongyang sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Tanpa memberikan butiran lanjut, tentera dalam satu kenyataan berkata, peluruh berkenaan disasarkan ke laut, lapor AFP.

Sejak beberapa minggu lalu, Korea Utara menguji peluru berpandu jarak jauh yang dikaitkan dengan hipersonik.

Minggu lalu, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menafikan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa tindakan itu menimbulkan ketegangan dan menyatakan dia tidak berniat untuk mencari musuh.

Pelancaran terbaharu itu dibuat ketika wakil AS membuat rayuan baru untuk perbincangan dengan Pyongyang.

"Kami akan mencari diplomasi dengan Korea Utara untuk perkembangan lebih baik yang meningkatkan keamanan dengan sekutu kami," kata Sung Kim, wakil khas AS ke Korea Utara.

Sebelum itu dia mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan di Washington.

Presiden Joe Biden berjanji untuk berdiplomasi dalam usaha menghentikan program nuklear dan sebelum ini Jong Un sudah bertemu bekas Presiden Donal Trump untuk mencapai kata sepakat, namun gagal.

Disiarkan pada: October 19, 2021 @ 10:42am
d