Asia

Penduduk sambut hari lahir pencuri

Oleh Agensi

New Delhi: Penduduk di sebuah flat di India bukan hanya tidak memukul pencuri sebaliknya meraikan ulang tahun kelahiran suspek selepas lelaki terbabit ditahan.

Portal Tribune India melaporkan, pemuda lelaki terbabit didakwa cuba memecah masuk rumah penduduk bersama dua lagi rakannya namun dia ditahan manakala dua lagi rakannya berjaya melarikan diri.

Selepas ditangkap, pencuri itu menangis dan meminta maaf atas perbuatannya memandangkan hari berkenaan adalah hari lahirnya.

Mendengar rintihan pemuda itu, penduduk bersetuju menganjurkan majlis hari lahirnya dengan menempah kek khas dengan tulisan 'chor'.

Peralatan mencuri milik lelaki itu turut diletakkan di sebelahnya.

Penduduk melayan dan meraikan pencuri itu seolah-olah tiada apa-apa berlaku sambil memberikan ucapan selamat hari lahir.

Selepas acara makan tamat, lelaki itu diserahkan kepada polis tempatan untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: July 1, 2022 @ 11:58am
d