Asia

Tengah 'live' pun kena rompak

Oleh Agensi

Doha: Seorang wartawan penyiaran Argentina, yang tiba di Qatar untuk membuat liputan Piala Dunia 2022 berdepan detik mencemaskan apabila dirompak pada hari pertama kejohanan.

NDTV Sports melaporkan, kejadian berlaku ketika wartawan dikenali Dominique Metzger membuat lintas langsung untuk menyampaikan perkembangan semasa.

Insiden itu membuatkan Metzger terkedu dan memaklumkan dia terkejut dengan apa yang berlaku ketika membuat laporan kepada polis.

Susulan insiden itu, polis menawarkan sokongan penuh dan jaminan suspek akan dikesan dalam masa yang singkat menggunakan kamera keselamatan tinggi di negara ini selain meminta cadangannya untuk hukuman sehingga menyebabkan wanita itu kaget.

Dakwaan mengatakan barang dari beg tangan Metzger dicuri manakala rakaman liputan langsung itu turut tular di media sosial.

"Saya pergi ke balai polis dan ketika itulah kejadian berlaku.

Polis wanita itu berkata, kami mempunyai kamera berteknologi tinggi dan akan mengesan suspek pengesanan wajah. Apa yang anda mahu sistem keadilan lakukan apabila kami menemuinya?," kata Metzger.

"Keadilan apa yang kamu mahukan? Apakah ayat yang kamu mahu kami berikan kepadanya? Adakah kamu mahu dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun? Adakah kamu mahu dia dihantar pulang?", tambahnya

Difahamkan, sebahagian wartawan menghadapi masalah semasa melaporkan di Qatar.

Terdahulu, seorang wartawan Denmark diminta menghentikan penggambaran ketika membuat liputan.

Penganjur kejohanan kemudiannya memohon maaf kepada wartawan itu atas kesilapan yang berlaku.

"Penganjur kejohanan menyedari insiden di mana kru penyiaran Denmark tersilap dan diganggu ketika lintas langsung di salah satu destinasi pelancongan Qatar," kata kenyataan rasmi pihak berkuasa mengenai perkara itu.

Permohonan maaf sudah dibuat kepada penyiar oleh petugas keselamatan di tapak sebelum kru meneruskan aktiviti mereka.

"Penganjur kejohanan bercakap dengan wartawan itu dan mengeluarkan nasihat kepada semua entiti supaya menghormati permit penggambaran yang disediakan untuk kejohanan itu," katanya.

Disiarkan pada: November 22, 2022 @ 3:15pm
d