Asia

Korea Selatan cari serpihan roket pengintip Korea Utara

Oleh BERNAMA-YONHAP

Seoul: Tentera Korea Selatan meneruskan operasinya Ahad untuk mengesan dan mendapatkan serpihan roket Korea Utara yang terhempas di Laut Kuning awal minggu ini, lapor agensi berita Yonhap.

Dalam mesej teks yang dihantar kepada pemberita kira-kira 5.30 petang waktu tempatan, tentera berkata ia akan menangguhkan operasi berikutan arus deras dan disambung semula Ahad.

"Bergantung kepada kemajuan operasi, kami boleh mendapatkan serpihan roket seawal Ahad," katanya.

Korea Utara melancarkan roket pembawa satelit pada Rabu tetapi terhempas ke dalam laut kerana enjin peringkat kedua tidak beroperasi secara normal, lapor media Korea Utara.

Pasukan penyelam memasang tali pada serpihan roket sepanjang 15 meter, yang tenggelam pada kedalaman 75 meter dari dasar laut.

Chollima-1, dianggarkan sepanjang antara 29 hingga 30 meter dan tiga kapal penyelamat dikerah untuk melaksanakan operasi itu.

Serpihan yang dikesan oleh tentera Korea Selatan pada hari Rabu dipercayai serpihan roket peringkat kedua dan ketiga pelancar.

Pegawai berkata terdapat kemungkinan untuk menemui satelit peninjau tentera, Malligyong-1, yang dipasang pada roket itu.

Disiarkan pada: June 4, 2023 @ 11:13am
d