Asia

Bapa durjana perkosa anak usia 3 tahun

Oleh Agensi

Jakarta: Lelaki berhati binatang apabila tergamak memperkosa anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Kejadian malang anak kecil itu dilaporkan berlaku di Toba, Sumatera Utara.

Ketua Perhubungan Awam Polis Toba, Bungaran Samosir berkata, suspek berusia 39 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya tiada di rumah mereka.

"Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit pada alat kelaminnya dengan ibunya.

"Ibu mangsa membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya diperkosa suaminya," katanya dalam Detik.com

Katanya, suspek ditahan 30 Mei lalu pada hari sama laporan dibuat.

"Kami masih menjalankan siasatan terperinci termasuk berapa lama suspek membuat kerja ini.

"Namun apa yang pasti suspek bertindak ketika isterinya tiada di rumah," katanya.

Disiarkan pada: June 4, 2023 @ 12:08pm
d