Asia

Tiga angkasawan China kembali ke Bumi

Oleh AFP

Beijing: Tiga angkasawan China yang bekerja di stesen angkasa negara itu sudah kembali dengan selamat ke Bumi, lapor media kerajaan Ahad yang menyifatkan misi itu sebagai berjaya.

Kapsul kapal angkasa Shenzhou-15 mendarat di tapak pendaratan di wilayah Mongolia dalam, utara China, menurut agensi berita Xinhua.

Angkasawan Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu keluar dari kapsul dalam keadaan fizikal yang baik, lapor Xinhua.

"Misi ini berjaya," katanya.

Rakaman menunjukkan pegawai perubatan memakai 'jumpsuit' putih dan bertopeng muka dalam selimut biru dan dibawa keluar dari tapak mendarat itu.

Ketiga-tiga mereka menghabiskan masa enam bulan di stesen angkasa Tiangong, menjalankan aktiviti berjalan angkasa dan pelbagai eksperimen saintifik.

China minggu lalu menghantar tiga lagi angkasawan - termasuk orang awam pertamanya di orbit - ke stesen angkasa sebagai sebahagian daripada misi pengganti Shenzhou-16.

Negara itu mengepam berbilion dolar ke dalam program angkasa lepas kendalian tenteranya dalam usaha 'mengejar' Amerika Syarikat dan Rusia.

Beijing menyasarkan untuk menghantar misi kru ke Bulan menjelang 2030 dan merancang untuk membina pangkalan di permukaan bulan.

Disiarkan pada: June 4, 2023 @ 1:46pm
d