Eropah

Oksimeter nadi mungkin beri bacaan kurang tepat kepada individu berkulit lebih gelap

Oleh AFP

London: Oksimeter nadi (pulse oximeter) dikatakan memberikan bacaan kurang tepat bagi individu berkulit lebih gelap dan sawo matang.

Peranti itu adalah alat bacaan kadar oksigen dalam darah bagi memantau tahap oksigen pesakit Covid-19.

Amaran itu diberikan perkhidmatan kesihatan yang dibiayai kerajaan United Kingdom (UK), Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom selepas peranti digunakan individu bergejala teruk bagi memeriksa kadar oksigen dalam darah kurang berfungsi bagi individu berkulit gelap.

Individu yang mencatatkan bacaan bawah kadar normal perlu dibawa ke hospital.

NHS oksimeter nadi membekalkan kepada individu yang bergejala, berusia lebih 65 tahun atau individu rentan secara klinikal.

NHS dalam kenyataan semalam berkata, terdapat laporan peranti itu memberikan bacaan kurang tepat bagi individu berkulit lebih gelap kerana mungkin menunjukkan tahap oksigen dalam darah lebih tinggi.

Alat yang dipasang pada jari berfungsi dengan memancarkan cahaya menerusi kulit seseorang untuk mengukur tahap oksigen dalam darah.

Panduan yang dikemas kini untuk pesakit positif Covid-19 boleh didapati menerusi laman web utama NHS kini juga memberi amaran terdapat beberapa laporan yang mungkin kurang tepat, jika pesakit berkulit sawo matang atau hitam.

"Alat ini mungkin menunjukkan bacaan lebih tinggi daripada kadar oksigen dalam darah anda," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, panduan itu menyatakan adalah penting untuk membuat pemeriksaan secara berkala untuk melihat penurunan kadar oksigen.

Pengarah Pemantauan Kesihatan NHS, Habib Naqvi berkata, isu itu mempengaruhi komuniti Asia dan berkulit hitam.

Masyarakat etnik minoriti terutama Afrika berkulit hitam dan Bangladesh di Britain mencatatkan kes kematian tertinggi di negara itu.

Kes kematian akibat Covid-19 di UK sehingga semalam merekodkan 129,583 kes antara tertinggi di

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 1, 2021 @ 9:59am
    d