Eropah

Huan Huan lahir anak kembar

Oleh AFP

Paris: Huan Huan, panda gergasi yang dipinjamkan kepada Perancis melahirkan anak kembar pada awal pagi Isnin, menurut Zoo Beauval.

Ia lahir kira-kira 1 pagi, merupakan anak Huan Huan dengan pasangannya, Yuan Zi selepas kelahiran pertama di negara itu pada 2017 yang dinamakan Yuan Meng.

"Kedua-duanya sihat dan kelihatan agak besar. Ia mengagumkan," kata Rodolphe Delord iaitu Presiden Zoo-Parc de Beauval di Saint-Aignan, tengah Perancis itu.

Pembiakan panda sama ada di dalam zoo atau hidup secara liar adalah sangat sukar kerana menurut pakar, hanya segelintir panda berada dalam 'mood' dan tahu apa yang perlu ia lakukan.

Lebih merumitkan, tahap kesuburan panda betina terhad kerana berlaku sekali setahun bagi tempoh 24 hingga 48 jam.

Huan Huan dan Yuan Zi yang juga tarikan utama di Beauval, mengujakan kakitangan zoo itu apabila berjaya 'menjalin hubungan' pada Mac ketika disatukan sebanyak lapan kali seminggu.

Bagaimanapun, doktor haiwan turut melakukan prosedur permanian berhadas terhadap panda itu.

Anak pertama Huan Huan, Yuan Meng yang kini beratnya lebih 100 kilogram akan dihantar pulang ke China, yang menjadi habitat bagi 1,800 panda gergasi liar dan 500 lagi dalam kurungan.

Menurut zoo itu, kembar berkenaan tidak dinamakan selama 100 hari, sebelum Peng Liyuan iaitu isteri Presiden China Xi Jinpin memilih nama yang sesuai.

Disiarkan pada: August 2, 2021 @ 11:26am
d