Eropah

5.2 tan kokain dirampas dari kapal layar

Oleh AFP

Lisbon: Pihak berkuasa Portugis pada Isnin merampas 5.2 tan kokain dari sebuah kapal layar yang berdaftar di Sepanyol.

Turut ditahan, dua warga Sepanyol dan seorang warga Peru.

Ketua Polis Kehakiman Luis Neves berkata, ia adalah rampasan terbesar di negara itu dalam tempoh 15 tahun.

Pasukan penyiasat menyerbu kapal itu menerusi operasi digelar White Tide bersama-sama dengan pihak berkuasa Sepanyol, dan disokong Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Ketiga-tiga lelaki itu yang ditahan pada Sabtu disyaki menjadi sebahagian daripada jaringan jenayah antarabangsa yang menyeludup kokain dalam jumlah yang besar dari Amerika Selatan ke Eropah.

Salah seorang daripada suspek sudah lama dikenal pasti oleh pihak berkuasa dan ada waran dikeluarkan terhadapnya sejak Mac, menurut pihak berkuasa Sepanyol dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: October 19, 2021 @ 8:50am
d