Eropah

Latvia kuat kuasa lockdown selama sebulan

Oleh AFP

Riga: Kerajaan Latvia mengumumkan sekatan pergerakan (lockdown) di negara itu selama sebulan susulan peningkatan kes Covid-19 dan kadar vaksinasi yang rendah.

"Saya minta maaf kepada semua yang sudah divaksin, tetapi peraturan ini terpakai untuk semua orang," kata Perdana Menterinya, Krisjanis Karins.

Beliau berkata, masih ada banyak individu belum divaksin dijangkiti Covid-19 dan meninggal dunia di hospital.

Sekatan pergerakan itu berkuat kuasa 15 November dengan perintah berkurung antara 8 pagi hingga 5 petang.

Ia menjejaskan operasi salun, pawagam dan teater.

Restoran beroperasi untuk jualan makanan untuk dibawa pulang sahaja.

Hanya kedai menjual makanan dan barangan keperluan dibenarkan dibuka.

Kebanyakan pekerja diminta bekerja di rumah kecuali untuk sektor tertentu seperti pembinaan.

Pelajar tidak akan belajar secara bersemuka kecuali murid tadika dan tiga darjah sekolah rendah.

Bagaimanapun, perintah lockdown masih boleh berubah bergantung kepada mesyuarat Kabinet pada Selasa dan sesi Parlimen pada Rabu.

Disiarkan pada: October 19, 2021 @ 9:52am
d