Eropah

Rusia tinggalkan Snake Island

Oleh Reuters

Kyiv: Rusia memutuskan berundur dari luar pantai barat Daya Ukraine sebagai isyarat baik bahawa mereka tidak menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membuka koridor kemanusiaan yang membenarkan bijirin dihantar dari Ukraine.

Untuk rekod, Snake Island di Laut Hitam adalah pangkalan strategik yang terletak di pelabuhan Ukraine.

Bagaimanapun, Ukraine pula mendakwa sebaliknya yang mana mereka berjaya mengusir tentera Russia selepas serangan meriam dan peluru berpandu yang dilancarkan satu malam.

Ketua Staf Volodymyr Zelenskiy, Andriy Yermak berkata, tiada lagi tentera Rusia di Snake Island.

"'KABOOM!'...tiada tentera Russia di Snake Island lagi. Angkatan Tentera kita melakukan kerja yang hebat'," ciapnya di Twitter miliknya.

Situasi berbeza pula digambarkan pegawai Ukraine di Lugansk yang mengatakan pihaknya menghadapi kesukaran di bandar Lysychansk, kelmarin.

Gabenor wilayah, Serhiy Gaidai, menerusi siaran televisyen Ukraine berkata, meriam Russia membedil dari arah berbeza secara berterusan.

"Penduduk diberitahu untuk kekal di tempat perlindungan bawah tanah kerana ia sangat berbahaya," katanya.

Untuk rekod, Snake Island adalah singkapan berbatu yang menghadap ke lorong laut ke Odesa, pelabuhan Laut Hitam utama Ukraine.

Rusia selama ini menyekat kargo makanan daripada pembekal bijirin terkemuka di dunia itu.

Disiarkan pada: July 1, 2022 @ 10:21am
d