Eropah

SMS pertama dihantar 30 tahun lalu

Oleh Agensi

London: Khidmat pesanan ringkas (SMS) pertama yang dihantar dengan telefon bimbit, 30 tahun lalu.

Ia adalah SMS mengandungi ucapan dibuat oleh seorang jurutera Vodafone di Berkshire di United Kingdom (UK) pada 3 Disember 1992.

SMS itu dihantar untuk menguji teknologi, dan dibaca Merry Christmas (Selamat Hari Natal).

Neil Papworth menghantarnya kepada salah seorang bos firma itu, Richard Jarvis, yang menghadiri pesta Hari Natal, tetapi mesej itu tidak dibalas.

Telefon Jarvis, Orbitel 901 yang baru untuk pasaran, mempunyai berat 2.1 kilogram (kg), sama berat dengan 12 iPhone 14s versi standard.

Pada kemuncaknya, pengguna telefon bertukar berbilion SMS setiap tahun, dan pada tahun 2010 perkataan texting (mengirim mesej) dimasukkan ke kamus.

Perkhidmatan itu masih digunakan, walaupun WhatsApp dan iMessage kini jauh lebih popular.

Menurut Statista, terdapat 40 bilion mesej SMS dihantar pada 2021 di UK sahaja, dan angka itu jauh berkurangan berbanding 150 bilion mesej pada 2012.

Sebaliknya, terdapat 100 bilion mesej WhatsApp dihantar ke seluruh dunia setiap hari.

Perkhidmatan ini masih digunakan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) UK untuk menghantar peringatan janji temu.

Beberapa firma menggunakan SMS untuk pengesahan log masuk, di mana urutan nombor dihantar yang perlu dimasukkan ke dalam laman web.

Bagaimanapun, mesej SMS tidak disulitkan dari hujung ke hujung, dan oleh itu tidak dianggap sebagai selamat.

Pada asalnya, SMS hanya dalam bentuk teks dengan maksimum 160 huruf saja.

Konsep itu tercetus pada awal 1980-an sebelum akhirnya dapat dihantar ke peranti mudah alih.

Disiarkan pada: December 4, 2022 @ 11:27am
d