Eropah

Perdana Menteri Belgium cedera dalam kemalangan basikal

Oleh Bernama-Anadolu

Brussels: Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo dimasukkan ke hospital pada Sabtu akibat tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan basikal, lapor Agensi Anadolu.

Nahas itu berlaku ketika De Croo, 47, menunggang basikal bersama anaknya berhampiran rumahnya di Brussels.

Beliau yang cedera di bahagian kepala dibawa ke Hospital Ghent.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar hospital beberapa jam kemudian selepas ujian yang dijalankan oleh doktor mendapati tiada yang serius.

Nahas itu tidak menjejaskan jadualnya untuk minggu akan datang.

Disiarkan pada: June 4, 2023 @ 10:57am
d