mutakhir

Wakil rakyat termuda dalam sejarah

Oleh Ilah Hafiz Aziz

CALON termuda yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) P Prabakaran berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu.

Ia diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Anwar Md Zain di Dewan Sekolah Menengah Sentul Utama, kira-kira 10.30 malam ini.

Prabakaran yang berusia 22 tahun yang bertanding atas tiket Bebas itu turut berjaya memadamkan rekod 41 tahun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini menjadi wakil rakyat termuda selepas memenangi Parlimen Pekan pada 21 Februari 1979.

Najib ketika itu berusia 23 tahun.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di sebuah pusat pengajian swasta itu memperoleh 38,125 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mendapat undi 13,687 , calon Pas, Azhar Yahya (10,610) dan calon Bebas, Datuk V M Panjamothy (383).

Kemenangan Prabakaran adalah dibantu oleh pengundi parti PKR yang sebelum ini mengisytiharkan bakal memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon muda itu selepas penyandang sebelum ini, Tian Chua dari PKR tidak dapat bertanding berikutan denda mahkamah bernilai RM2,000.

Dalam penjumlahan undi itu, SPR merekodkan sebanyak 498 undi ditolak.

SPR mendedahkan kertas undi keluar di parlimen itu adalah sebanyak 63,600, undi diterima; 62805 dan undi tidak dikembalikan sebanyak 297.

Tamat

P115 Parlimen Batu

BN: 13,687

PAS: 10,610

Bebas kunci: 38,125

Bebas gajah: 383

Ditolak: 498

Kertas undi keluar: 63,600

Undi diterima: 62,805

Undi tidak dikembalikan: 297

Majoriti: 224, 438

Disiarkan pada: May 9, 2018 @ 11:26pm
d