mutakhir

Bunuh Surya: 'Saya maafkan' - Bapa

Oleh Zaid Salim

Kuala Terengganu: Bapa mangsa pembunuhan kejam, Allahyarham Siti Nur Surya, Ismail Muda, 58, terbuka untuk memaafkan keluarga remaja perempuan yang didakwa membunuh anaknya.

Menurutnya, tidak ada sesiapa yang inginkan kejadian seperti itu berlaku dan menyifatkan ia adalah ketentuan Allah walaupun perit untuk menerimanya.

"Kalau dia (keluarga suspek) datang kita terima, kita tak halau orang datang mintak maaf.

"Walau marah dan kecewa sekali pun dengan perbuatan anaknya, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana kejadian sudah berlaku," katanya ditemui selepas menerima kunjungan rombongan Persatuan Penggerak Amal Terengganu (PATA) semalam.

Turut hadir Pengerusi PATA Sharifah Napsiah Tuan Ahmad dan timbalan pengerusinya, Abdul Hamid Mohd Salleh.

Ismail berkata, hingga kini tidak ada pihak yang datang menemui keluarganya untuk tujuan itu.

Menurutnya, pihaknya sentiasa menunggu kedatangan keluarga berkenaan untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, kunjungan PATA ke rumah keluarga berkenaan sebagai tanda simpati dengan kejadian yang menimpa keluarga berkenaan.

"Selain sokongan moral, kita juga memberi sumbangan wang tunai yang dikumpulkan daripada kalangan ahli dan diharapkan kehadiran kami dapat meringankan beban emosi yang ditanggung keluarga di atas apa yang berlaku," katanya.

Berita berkaitan

Pisau diguna bunuh Surya dijumpai

'Saya masih ingat keadaan Surya berlumuran darah' - Bapa

Surya teliti jaga ibunya - Ismail

Video kenangan Surya undang pilu selebriti

Bunuh Surya: 'Semoga saing awak dapat balasan'

Bunuh Surya: Suspek dakwa berang diejek miskin, tidak cantik

Bunuh Surya: Ada rakan jenayah atau berseorangan?

Rakan sekolah Surya direman 7 hari [METROTV]

Ibu sayu lihat jenazah Surya diusung keluar rumah [METROTV]

Surya korban cita-cita demi jaga ibu

Bapa tak percaya rakan sekolah bunuh Surya [METROTV]

Polis tahan rakan sekolah Surya [METROTV]

Jaga diri pesan terakhir Siti Surya [METROTV]

'Saya ingat kakak kena karan'

Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun [METROTV]

Disiarkan pada: November 7, 2020 @ 12:19pm