mutakhir

Nazri daftarkan anak sekolah di luar negara

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, akan ke luar negara untuk membantu mendaftarkan persekolahan anaknya dan kembali sebelum Parlimen bersidang.

Katanya, beliau sudah mendapatkan visa diperlukan daripada saluran ditetapkan dan mendapat pelepasan daripada Jabatan Imigresen.

Memetik Free Malaysia Today (FMT), beliau berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan bila tarikh sebenar akan kembali dan akan berbuat demikian sebelum Parlimen bersidang.

"Saya perlu kuarantin selama 14 hari, jadi saya akan kembali sekurang-kurangnya 15 hari sebelum Parlimen bermula.

"Tidak ada yang salah. Saya tahu seseorang dari Umno cuba untuk ke luar negara tetapi tidak dibenarkan kerana ada kes mahkamah untuk diselesaikan. Tetapi saya mempunyai pelepasan," katanya enggan mengulas lanjut mengenai anaknya.

Mengenai laporan beliau akan 'bercuti' selama dua bulan, Nazri menjelaskan, beliau hanya bergurau bila berkata demikian.

Semalam, Nazri dipetik media tempatan berkata, dia akan meninggalkan negara ini selama dua bulan, dan hanya akan kembali dua minggu sebelum Parlimen bersidang semula untuk dikuarantin.

"Hanya untuk berehat dan selepas itu saya akan kembali," katanya.

Disiarkan pada: June 26, 2021 @ 5:40pm
d