mutakhir

Pengerusi koperasi direman salah guna kuasa [METROTV]

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Pengerusi sebuah koperasi di Terengganu direman selama tujuh hari kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus sebuah syarikat milik koperasi.

Perintah reman terhadap suspek berusia 60-an itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa.

Ia bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan.

Suspek sebelum ini ditahan di pejabat SPRM Terengganu kira-kira jam 3.50 petang semalam ketika memberi keterangan di pejabat SPRM.

Suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik penuh koperasi pada 2018.

Disiarkan pada: August 2, 2021 @ 1:06pm
d