mutakhir

Bomba selamat 13 individu terperangkap kepala air

Oleh Roselan Ab Malek

Maran: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan 13 individu yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Lubuk Ujik, Taman Che Minah Sayang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.07 petang.

Menurutnya, mangsa membabitkan dua keluarga iaitu tiga lelaki dan tiga wanita dewasa serta dua kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan dari Muadzam Shah, Rompin

"Sepasukan Bomba dari Balai Bomba Maran dikerahkan ke lokasi terbabit bagi menjalankan operasi penyelamatan.

"Operasi disertai dua pegawai dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama sebuah jentera penyelamat dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi menyelamat dilakukan menggunakan peralatan personal flotation devices (PFD) dan tali dengan cara teknik river crossing.

"Kesemua mereka berjaya diselamatkan dan operasi tamat pada 4.10 petang," katanya.

Disiarkan pada: May 15, 2022 @ 7:16pm
d