mutakhir

Diskaun saman trafik sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Kampung Gajah: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran pelbagai saman trafik (saman terpilih) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perak.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, bayaran boleh dibuat di kaunter diskaun saman trafik di Litar Dato' Sagor, di sini bermula hari ini hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Katanya, pihaknya menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi semua saman trafik kecuali saman seperti kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap.

"Pengecualian diskaun turut membabitkan saman berkaitan ubahsuai ekzos, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah dan memotong secara berbahaya atau potong 'Q' selain menggunakan lorong kecemasan serta saman yang dikeluarkan ketika Op Selamat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Disiarkan pada: July 2, 2022 @ 12:36am
d