mutakhir

8 bulan diisytihar mati, warga emas 'hidup' semula

Oleh Omar Ahmad

Johor Bahru: Selepas diisytihar mati sejak Januari lalu, pemandu van, Low Choo Choon, 71, kini boleh menarik nafas lega apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengaktifkan semula kad pengenalannya.

Menurutnya, berita gembira itu diterimanya menerusi panggilan telefon oleh pegawai JPN tengahari ini.

"Saya berterima kasih kepada media dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Wong Bor Yang kerana membantu ketengahkan isu ini.

"Tengahari tadi JPN sudah hubungi saya dan memaklumkan kad pengenalan sudah aktif dan tidak berstatus sebagai orang mati lagi.

"Banyak saya hendak uruskan selepas ini, termasuk membuat laporan polis berhubung dokumen tanah yang hilang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan kisah Low yang berdepan kesukaran urusan penting dan kebimbangan kerana kad pengenalannya berstatus sudah meninggal dunia.

Berita berkaitan:

  • Pelbagai masalah timbul selepas diisytiharkan 'mati' 8 bulan lalu
  • Disiarkan pada: August 10, 2022 @ 5:19pm
    d