rap

Lambat kalau tunggu kat TV...

Oleh Najiy Jefri

PORTAL penstriman nombor satu negara, tonton menawarkan drama bersiri komedi terbaharu, Suamiku Mat Piun yang akan ditayangkan dua bulan awal sebelum ke udara di kaca TV.

Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Airin Zainul berkata, tonton sentiasa berusaha menawarkan peluang istimewa buat para pencinta drama tempatan.

"tonton sentiasa komited membawakan sajian drama berkualiti tinggi sejajar dengan 7.8 juta pelanggan keseluruhannya.

"Suamiku Mat Piun adalah salah satu usaha tonton memaparkan drama terbaik bagi mengembangkan empayar penstriman di Malaysia. Drama ini turut ditayangkan dalam format definisi tinggi (HD)," katanya.

Menurut Airin, Suamiku Mat Piun bakal menjanjikan kepuasan berganda apabila kesemua episod ditayangkan.

"Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama komedi yang menjanjikan anda dan para pengikut setia novel melayu bergelak tawa menerusi kesemua 19 episod.

"Drama komedi ini mampu membuatkan anda pecah perut dengan pelbagai aksi kelakar menerusi tayangan dua bulan lebih awal dari kaca TV," katanya.

Rantaian itu menghiasi slot tayangan eksklusif, tonton First bermula esok jam 12 tengah hari.

Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Nieza dan Pojie yang melalui pelbagai fasa cabaran berumah tangga.

Drama arahan Amor Rizan itu dibintangi Sharifah Sakinah, Along Cham, Mark Adam dan Mimi Lana.

Disiarkan pada: February 22, 2018 @ 1:42pm
d