rap

'Kenapa fitnah, manipulasi ayat saya'

Kuala Lumpur: "Nak buat apa RM200,000 tu, dapat ka ubat hati yang terluka."

Itu komen yang didakwa ditulis pelakon dan pengacara Zulin Aziz di Instagram penyanyi Siti Nordiana sebelum mendapat kecaman netizen.

Difahamkan, komen Zulin itu merujuk kepada tindakan Siti Nordiana atau mesra disapa Nana yang membuat tuntutan permohonan maaf secara terbuka berserta bayaran RM200,000 terhadap lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo bersama isteri, Sheila, Syura, pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G.

Bagaimanapun, Zulin menafikan tindakannya itu selain menganggap komen berkenaan sudah dimanipulasi segelintir pihak.

"Terima kasih yang memfitnah saya. Terima kasih manipulasi ayat saya. Terima kasih semua yang hina saya.

"Orang negatif akan sentiasa nampak benda negatif. Dia tak faham, dia cuma nak hentam.

"Percayalah akan ada lagi manusia yang tetap dengan cara dia, pemahaman dia walaupun tuan badan faham apa saya cakap. Tak marah pun kalau tak setuju, tapi jangan fitnah. Janganlah cakap perkara tak dicakap," katanya.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Zulin turut memuat naik tangkap layar mesej perbualan secara DM di Instagram dengan Nana.

Dalam DM itu, Zulin berkata, dia tertekan apabila dituduh mengutuk Nana.

"Aku 'stress' orang cakap aku kutuk kau. Cakap aku dengki, Subhanallah. Takpalah babe, Allah tahu niat aku. Aku cakap sebaliknya. Aku pun minta maaf kalau ada apa-apa ke yang terasa. 

"Aku bukan 'team' mana-mana. Sama juga aku cakap kat Syura. Aku tak sokong dia buat 'live' tu," katanya.

Mesej dihantar Zulin itu turut dibalas Nana yang faham atas apa terjadi.

"Aku faham babe. Aku pun minta maaf. Kau dah DM aku ni pun aku rasa dah bersyukur sangat. Moga Allah pelihara kita babe. Insya-Allah. Amin," kata Nana. 

Disiarkan pada: August 2, 2021 @ 9:21am
d