rap

Nourul Depp, keluarga dalam keadaan selamat di Bali

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi, Nourul Depp bersyukur kerana lokasi kediamannya terletak jauh daripada kawasan Banjar Wanasari, Bali, Indonesia yang dilanda gempa bumi, Sabtu lalu.

Nourul ketika dihubungi berkata, dia dan keluarganya juga berada di dalam keadaan selamat dan tidak terjejas apa-apa.

"Alhamdulillah, kami semua tak ada apa-apa. Semua okay. Lokasi gempa bumi itu di timur laut Banjar Wanasari, jauh dari kediaman kami.

"Tempat tinggal kami sekeluarga di kawasan Canggu dan memang jauh daripada lokasi gempa bumi itu," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Nourul, dia juga pada awalnya tidak tahu menahu mengenai gempa bumi yang berlaku itu.

"Saya pada awalnya tak tahu pun mengenai gempa bumi itu sehinggalah dimaklumkan oleh sahabat handai serta rakan-rakan media," katanya.

Gempa bumi berukuran 4.8 skala richter itu menyebabkan tiga terbunuh, manakala tujuh yang lain cedera.

Nourul bersama keluarganya berhijrah ke Bali pada 19 September lalu.

 

 

 

Disiarkan pada: October 18, 2021 @ 5:32pm
d