rap

Kawasan kediaman ibu Mark Adam dilanda ribut 

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelawak, Mark Adam bersyukur kerana keluarganya di Filipina berada dalam keadaan baik selepas kawasan kediaman ibunya dilanda ribut. 

Mark berkata, taufan adalah bencana alam yang sering berlaku di kawasan sekitar kediaman ibunya itu dan kejadian yang berlaku semalam adalah yang paling kuat. 

"Atap rumah jiran berpindah ke rumah sebelah. Selalunya, satu ke tiga taufan akan datang singgah di Filipina setiap tahun dan semalam adalah taufan yang paling kuat. 

"Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Mak dan keluarga selamat. Semoga semua di sana dalam keadaan selamat," katanya. 

Mark menerusi hantaran di Instagram turut berkongsi video yang memaparkan situasi selepas kejadian taufan itu. 

Sebelum ini, Mark menghadiahkan banglo buat ibunya, Florenda Macaraig Echivarre pada September 2019. 

Disiarkan pada: December 17, 2021 @ 11:00pm
d