rap

Ryan Bakery selamat bergelar suami

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur: Personaliti TikTok popular, Ryan Bakery, 27, melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya Elyia Ibrahim, jam 11 pagi hari ini.

Dengan sekali lafaz, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery sah bergelar suami kepada Elyia dengan mas kahwin sebanyak RM100.

Selepas lima bulan bertunang, Ryan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan pernah berkongsi berita gembira itu di program MeleTop.

Adik lelaki Ryan iaitu Adam Bakery juga memuat naik satu hantaran di Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan abangnya.

Ryan terkenal dengan video parodi pendek yang mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak pada era 1990-an.

Ryan turut menjadi pilihan perniagaan minuman milik pelawak terkenal, Shuib Sepahtu apabila dilantik sebagai ikon.

Disiarkan pada: October 1, 2022 @ 5:12pm
d