rap

Syamsul tiada masalah untuk berbaik-baik, berjumpa Aaron Aziz

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Syamsul Yusof sedia memenuhi permintaan Datuk Aaron Aziz untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu pengguguran pelakon itu dalam filem terbaru arahannya, The Original Gangster.

Syamsul berkata, dia tiada masalah untuk berjumpa dan sedia berbaik-baik semula dengan pelakon itu untuk projek filem akan datang.

"Boleh nak jumpa berdua tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa juga. Nak jumpa untuk berbaik-baik semula boleh, tiada masalah.

"Kalau ada projek filem akan datang pun boleh jumpa. Aaron tetap sahabat saya. Masalah yang timbul hanya soal kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional," katanya kepada Harian Metro.

Semalam, Aaron menerusi satu hantaran video di Instagram meluahkan kemarahan selepas Syamsul mendakwa dirinya digugurkan atas alasan dia sudah tua, gemuk dan berisi.

Pelakon berusia 47 tahun itu turut terkilan kerana pengarah terbabit enggan berjumpa sedangkan segala permintaannya supaya Aaron 'buat badan' sudah dipenuhi.

Malah, dalam pendedahan berkenaan, Aaron juga mengatakan dia juga sanggup menahan kesakitan menggambil suntikan untuk mendapatkan tubuh badan sasa dalam tempoh singkat.

Disiarkan pada: March 24, 2023 @ 4:18pm
d