setempat

Eskayvie komited bantu usahawan jana pendapatan lumayan

Kuala Lumpur: Pepatah hendak mencari rotan, jangan takut onaknya sesuai menggambarkan yang tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Lumrah hidup, pasti datang dengan cabaran yang perlu ditempuhi. Lebih-lebih lagi dalam proses membina sesebuah perniagaan yang berjaya.

Lalu, menyedari keperluan ilmu, strategi dan bimbingan dalam membangunkan perniagaan, Eskayvie menjelajah ke tujuh buah negeri di seluruh negara bermula di Kota Bharu, Kelantan dalam program 'Nexus Success Road Tour 2022', semalam.

Siri jelajah ini adalah susulan daripada kejayaan Nexus Success Convention yang berlangsung Jun lalu.

Selain latihan berterusan yang dijalankan atas talian, jelajah ini adalah inisiatif sokongan dan bimbingan bagi semua usahawan Nexus seluruh Malaysia untuk dilengkapi dengan ilmu kepemimpinan selain mahir dalam merancang strategi pemasaran yang berkesan.

Ini bagi memastikan setiap mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam membina empayar perniagaan dan mampu berdaya saing untuk menghadapi situasi ekonomi yang mencabar masa kini.

"Program ini turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan mengatasi masalah pendapatan isi rumah yang terjejas berikutan keadaan inflasi sekarang.

"Ramai berdepan dengan masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang tinggi terutamanya harga barang keperluan asas yang semakin meningkat.

"Justeru, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk membantu seramai mungkin dalam menggunakan sepenuhnya platform Eskayvie Nexus bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kewangan masing-masing." kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati.

Tambahnya lagi, hidup ini adalah pilihan.

"Jadi, untuk hidup selesa dan ada kewangan yang cukup sampai boleh memberi tanpa berkira, kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Program berkenaan diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu dan turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

"Saya lihat ramai usahawan yang mahir dalam teknik pemasaran tetapi berdepan masalah dalam berkomunikasi serta sukar membina 'personal branding' khususnya.

"Jadi sebagai duta, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang penyiaran kerana ia sangat penting untuk bantu setiap usahawan Nexus menjadi pemimpin yang berilmu dalam usaha mengembangkan lagi rangkaian mereka," kata Aznil.

Salah seorang peserta, Ahmad Salman, 33, yang turut bergelar usahawan sepenuh masa dari Tanah Merah, Kelantan, dia optimis dengan jenama berkenaan.

Sementara itu, Nurul Norasikin Ramli pula berkata dia mampu menjana lima angka sebulan bersama jenama terbabit.

Dalam program sama, Eskayvie turut melancarkan produk terbaharu yang menyokong kesihatan minda orang dewasa.

Eskayvie Mindtropic adalah vitamin booster minda yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri dan mineral yang dihasilkan dalam bentuk tablet kunyahan berperisa tropika yang enak untuk membantu menguatkan memori, memperbaiki mood dan tidur serta melegakan stres terutamanya bagi orang dewasa.

Mindtropic ini mampu menyokong kesihatan minda yang terjejas akibat Long Covid-19.

Selepas Kelantan, jelajah akan turut menemui setiap usahawan di Pahang ( 7 Ogos), Kedah (13 Ogos), Pulau Pinang (14 Ogos), Johor (27 Ogos), Melaka (28 Ogos) dan Perak pada 31 Ogos.

Info lanjut layari www.eskayvie.com.

Disiarkan pada: August 7, 2022 @ 10:00am
d