spektrum

Empat sekawan cari ikan

Oleh Ghazali Kori

Muhammad Syahziq Syahiman Mazlan, 12, Muhammad Adam Zakwan Aziz, 15, Muhammad Zuuzairil Aswad Zul, 8, dan Muhammad Alif Fitri Mohd Zamzami, 13, mengisi masa lapang cuti persekolahan mencari ikan di anak sungai di Kampung Mangkuk, Setiu.

Kebiasaannya, empat sahabat ni akan keluar mencari ikan ketika air surut dengan meraba di permukaan dasar muara sungai itu yang berselut bagi mencari ikan yang bersembunyi.

Pelbagai spesis ikan seperti keli, haruan, Talipia dan siakap mudah diperolehi dan hasilnya tidak menentu, bergantung kepada nasib.

Disiarkan pada: June 12, 2022 @ 5:24pm
d