arena

Astro bawakan aksi terbaik Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Oleh Muhammad Najmir Razaman

KEJOHANAN bola sepak terbesar dunia, Piala Dunia FIFA akan bermula pada 21 November 2022 di Qatar.

32 buah negara bakal beraksi mengatasi pihak lawan mereka dalam 64 perlawanan bagi menjulang trofi Piala Dunia yang diidamkan.

Bagi pengalaman tontonan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang premium dan mengujakan, platform yang tepat pastinya 'The Quest' yang dibawakan oleh Astro. 

Pelanggan Pek Sukan Astro bakal menikmati akses percuma untuk kesemua perlawanan secara langsung di TV tanpa ketinggalan setiap saat serta liputan komprehensif Piala Dunia FIFA Qatar 2022 menerusi aplikasi Astro GO.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro serta Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Televisyen, Euan Smith berkata, sebagai 'Home of Sports', mereka teruja untuk menawarkan pelanggan Pek Sukan Astro pengalaman menonton Piala Dunia FIFA yang paling premium dan komprehensif.

Mereka juga akan menayangkan kesemua 64 perlawanan secara langsung, yang mana 37 daripadanya adalah eksklusif di Astro melalui tiga saluran yang dikhususkan iaitu dua dalam HD dan satu dalam UHD.

Jika terlepas babak awal perlawanan, pelanggan hanya perlu mengaktifkan ciri 'Play from Start' melalui aplikasi Astro GO untuk menonton semula perlawanan penuh.

Pelanggan juga boleh menstrim perlawanan secara langsung, menonton ulangan perlawanan, mendapatkan perlawanan masa nyata dan statistik pasukan ketika perlawanan berlangsung apabila mengaktifkan Mod Interaktif di aplikasi ini. 

Astro juga bakal membawa barisan lagenda bola sepak ke studio bagi mengulas perlawanan serta kemas kini berita dan program sorotan perlawanan melalui acara 'Meet and Greet' eksklusif kepada pelanggan Pek Sukan Astro. 

Selain itu, pelanggan juga boleh menyertai jelajah mingguan 'Golden Treasure' di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Kuantan bermula September ini bagi merebut hadiah seperti baucar JD bernilai sehingga RM300 dan barangan eksklusif Piala Dunia FIFA 2022.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang mengikuti pencarian harta karun 'Treasure Hunt' anjuran Astro dan berpeluang memenangi barangan eksklusif Piala Dunia FIFA serta hadiah bernilai sehingga RM500.

Petunjuk pertama akan diberikan bermula November ini di Instagram @astromalaysia dan @stadium.astro

Dapatkan Pek Sukan Astro dengan hanya RM59.99 sebulan selama enam bulan dan nikmati akses percuma kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA dalam 4K HDR. Daftar segera di laman sesawang Astro.

Untuk maklumat lanjut, lawati Astro sekarang.

Disiarkan pada: September 2, 2022 @ 6:43pm
d