global

Bawa jenazah bapa tonton filem kegemaran

Oleh Agensi

Bangkok: Dua beradik warga Thailand baru-baru ini menjadi tular di TikTok baru-baru ini selepas membawa gambar mendiang bapa mereka ke pawagam untuk menonton sekuel ketiga filem kegemarannya.

TikToker Thailand, Naphat Thongsukdee memuat naik video ketika dia dan abangnya mengambil gambar berbingkai bapa mereka untuk menonton filem di akaun TikToknya @parapat.p kelmarin.

Menerusi ruangan komen, Naphat memaklumkan mereka pergi menonton Khun Pan, sekuel filem fantasi aksi Thailand terbitan Sahamongkol Film International, di Major Cineplex di kejiranan Rungsit di wilayah Pathum Thani dekat Bangkok.

"Apabila saya membawa abang saya menonton wayang... Dia juga membawa mendiang ayah kami ke panggung," tulis di kapsyen video.

Dalam video itu, si abang dilihat memegang imej bapa mereka sambil berdiri di atas eskalator.

Dia membeli bertih jagung saiz besar, mengambil gambar bapanya di dalam panggung wayang, dan meletakkannya di tempat duduk di sebelahnya.

"Saya bawa ayah menonton filem kegemarannya. Dia tidak pernah menonton filem di panggung wayang sebelum ini.

"Dia menonton filem Khun Pan ketika berusia 78 tahun. Tengok ini, saya beri kamu tiket ayah. Jom tengok wayang ayah!"

Video itu menyentuh hati ramai netizen, yang menghargai bagaimana adik-beradik itu menyimpan ayah mereka di hati mereka.

"Saya rasa ayah awak sangat gembira," komen seorang netizen.

"Awak sangat baik," Ayah kamu kelihatan sangat kacak!," komen seorang lagi netizen.

Perkongsian video berkenaan turut mendapat perhatian syarikat produksi, Sahamongkol Film International yang menzahirkan terima kasih mereka atas sokongan keluarga.

Khun Pan 1 ditayangkan pada 2016 diikuti Khun Pan 2 dua tahun kemudian (2018) dan sekuel terbarunya, Khun Pan 3 dilancarkan pada 1 Mac lalu.

Jalan cerita itu diilhamkan daripada kehidupan pegawai polis Thai lagenda, Khun Pantarak Ratchadet, yang terkenal dengan penindasannya terhadap penjenayah besar sejak tahun 1940.

Selepas beberapa siri pergaduhan dan penindasan yang panjang terhadap penjenayah, Khun Pan meninggal dunia di rumahnya di wilayah selatan Nakhon Si Thammarat pada usia 103 tahun.

Disiarkan pada: March 19, 2023 @ 10:58am
d