utama

Polis dedah gambar suspek lompat pagar SPRM

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Polis memburu suspek lelaki, Goh Leong Yeong yang melarikan diri sebaik dibebaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam kes Macau Scam, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek berusia 32 tahun itu dikehendaki bersabit siasatan membabitkan tiga kes mengikut Seksyen 4(1) (C) Akta Rumah Judi Terbuka.

"Suspek terbabit dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Menurut rekod, suspek menetap di Blok 25B2-5-8, Miharja Condo, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Deputi Superintendan (DSP) Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Huzir berkata, orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Kerjasama semua pihak amatlah dihargai bagi membantu siasatan polis," katanya

Berita berkaitan

Pelan licik lolos 2 minit

Disiarkan pada: October 16, 2020 @ 10:48am
d