utama

Pengantin perempuan paling gigih

Oleh Agensi

Jakarta: Kebiasaannya dalam perkahwinan, pasangan sering diuji dengan pelbagai ujian.

Namun lain pula dengan kisah pasangan ini apabila pengantin wanita awal-awal lagi sudah melalui ujian selepas bernikah.

Ia apabila pengantin wanita terpaksa menduduki ujian dalam talian sejurus selepas upacara pernikahannya.

Portal Suara melaporkan tidak seperti kebanyakan pengantin lain yang terus meraikan pernikahan, pengantin wanita gigih terpaksa terus menduduki ujian berkenaan.

Rakaman kejadian itu menjadi tular selepas pemilik dimuat naik menerusi akaun TikTok, Rylezonn.

Dalam video singkat itu, terlihat pengantin wanita tengah sibuk melalui soalan peperiksaan dalam talian.

"Terus peperiksaan online," tulis sang pemilik akun sebagai keterangan video.

Penampilan pengantin masih sama seperti akad nikah dengan mengenakan kebaya berwarna putih dengan adat Sunda.

Pengantin wanita yang tidak diketahui namanya itu terlihat serius menjawab peperiksaannya dengan di tangannya memegang pen.

Di depannya, terdapat telefon untuknya berhubung dengan rakan yang lain.

"Kirimkan aku soalannya," kata pengantin wanita kepada salah seorang rakannya sambil sibuk memperhatikan lembaran kertas peperiksaan di meja.

Mempelai lelaki terlihat mendampingi isteri di sisinya dan sesekali kelihatan tertawa.

Jurugambar pengantin pun merakam detik itu dan sesekali 'mengganggu' rakan maya pengantin wanita di menerusi kelas online berkenaan.

"Ayuh, lihat kamera, lihat kamera," kata jurugambar yang merakamkan gambar rakan pengantin yang berada paparan skrin telefon pintar.

Disiarkan pada: August 2, 2021 @ 6:31am
d