utama

'Ya, saya dah fail cerai' - Siti Saleha

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Siti Saleha, 31, mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Saleha ketika dihubungi berkata, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.

"Ya, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah," katanya ketika dihubungi menerusi WhatsApp, hari ini.

Bagaimanapun, Saleha yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini bagi sebutan kes perceraiannya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Lebih lanjut saya tak nak komen," katanya.

Terdahulu, media melaporkan prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira jam 10 pagi turut dihadiri Ahmad Lutfi.

Berita keretakan rumah tangga pasangan itu agak mengejutkan apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di Instagram Saleha mendapati kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami pada 24 Mac lalu.

Pada tarikh itu, Saleha memuat naik gambar di dua hantaran berasingan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Saleha dan Ahmad Lutfi melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Disiarkan pada: October 13, 2021 @ 4:22pm
d