utama

Adibah Noor meninggal dunia [METROTV]

Kuala Lumpur: Artis versatil yang juga Finalis Gegar Vaganza musim kelapan, Adibah Noor meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang sekitar jam 6.30 petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.

Berita duka dan mengejutkan ini disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya.

"Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi," katanya memberi pengesahan yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta tersebut.

Adibah, 52 tahun difahamkan sudah lama menderita penyakit kanser namun merahsiakannya daripada pengetahuan ramai pihak.

Menurut sumber jenazah akan dibawa ke rumah ayahnya di Keramat Permai pada malam ini juga.

Disiarkan pada: June 18, 2022 @ 9:00pm
d