utama

Harga ayam tidak diapung, tarif elektrik dan air di Semenanjung kekal [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang.

Dengan keputusan itu, katanya, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

"Pada masa sama, kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

"Harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup.

Disiarkan pada: June 24, 2022 @ 5:51pm
d