utama

Bumi kini membahang!

Oleh Reuters

Bagaimana perubahan iklim mencetuskan gelombang haba dan kebakaran besar-besaran?

Gelombang haba mencengkam Eropah dan Amerika Syarikat (AS) kebelakangan ini dan diramalkan menjejaskan sebahagian besar China hingga akhir bulan ini.

Selain suhu yang meningkat melebihi 40 darjah Celsius, kebakaran hutan dilaporkan di seluruh selatan Eropah dengan pemindahan di bandar-bandar di Itali dan Greece. Haba yang menyebabkan kebakaran adalah sebahagian daripada corak peningkatan suhu global, yang dikaitkan dengan aktiviti manusia.

Gelombang haba yang lebih panas dan lebih kerap

Perubahan iklim menjadikan gelombang haba lebih panas dan lebih kerap. Ia adalah kes bagi kebanyakan wilayah daratan, dan disahkan oleh panel saintis iklim global (IPCC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pelepasan gas rumah hijau daripada aktiviti manusia memanaskan planet ini, kira-kira 1.2 darjah Celsius sejak zaman praindustri.

Garis dasar (baseline) yang lebih panas itu bermakna suhu yang lebih tinggi boleh dicapai semasa kejadian haba melampau.

"Setiap gelombang haba yang kita alami hari ini menjadi lebih panas dan lebih kerap kerana perubahan iklim," kata seorang saintis iklim di Kolej Imperial London, Friederike Otto, yang turut mengetuai kerjasama penyelidikan Atribusi Cuaca Dunia.

Satu kajian dalam jurnal Nature bulan lalu mendapati gelombang haba di Eropah meningkat tiga hingga empat kali lebih cepat daripada di latitud pertengahan utara lain seperti AS.

Penentuan perubahan iklim

Untuk mengetahui dengan tepat berapa banyak perubahan iklim mempengaruhi gelombang haba tertentu, saintis menjalankan 'kajian atribusi'.

Sejak 2004, lebih 400 kajian sedemikian dijalankan untuk kejadian cuaca ekstrem, termasuk panas, banjir dan kemarau mengira berapa banyak peranan perubahan iklim yang dimainkan dalam setiap kejadian.

Ini membabitkan simulasi iklim moden ratusan kali dan membandingkannya dengan simulasi iklim tanpa pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan manusia.

Gelombang haba akan menjadi lebih teruk

Suhu purata global adalah sekitar 1.2 darjah Celsius lebih panas berbanding zaman praindustri. Itu sudah dikira peristiwa panas melampau.

"Secara purata, haba melampau yang berlaku sekali setiap 10 tahun tanpa pengaruh manusia terhadap iklim, kini berlaku tiga kali lebih kerap," kata saintis iklim ETH Zurich, Sonia Seneviratne.

Suhu hanya akan berhenti meningkat jika manusia berhenti 'menambah' gas rumah hijau ke atmosfera.

Kegagalan untuk menangani perubahan iklim akan menyebabkan keterlaluan haba meningkat dengan lebih berbahaya.

Banyak negara bersetuju di bawah Perjanjian Paris 2015 untuk mengurangkan pelepasan dengan cukup pantas untuk mengehadkan pemanasan global kepada 2 darjah Celsius dan menyasarkan 1.5 darjah Celsius, untuk mengelakkan kesannya yang paling berbahaya.

Perubahan iklim mendorong kebakaran hutan

Perubahan iklim meningkatkan keadaan panas dan kering yang membantu api merebak lebih cepat, membakar lebih lama dan lebih hebat.

Di rantau Mediterranean, ia menyumbang kepada musim kebakaran yang bermula lebih awal dan membakar lebih banyak kawasan.

Tahun lalu, lebih setengah juta hektar hutan terbakar di Kesatuan Eropah (EU), menjadikannya musim kebakaran hutan kedua terburuk selepas 2017.

"Keadaan yang lebih panas dan kering sekarang, ia menjadikannya jauh lebih berbahaya," kata saintis kanan Copernicus, Mark Parrington.

Kedua-duanya sudah menerima bantuan kecemasan EU pada musim panas tahun ini.

Perubahan iklim bukan satu-satunya faktor kebakaran

Pengurusan hutan dan sumber penyalaan juga adalah faktor penting. Di Eropah, sembilan daripada 10 kebakaran dicetuskan oleh aktiviti manusia. Ia seperti pembakaran dan aktiviti barbeku dengan talian elektrik, menurut data EU.

Disiarkan pada: August 7, 2022 @ 7:22am
d