vroom

HLYM perkenal Yamaha R15M baharu

Oleh Lizam Ridzuan

Shah Alam: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sebagai pengimport, pemasang dan pengedar motosikal Yamaha di negara ini melancarkan model Yamaha YZF-R15M baharu.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Datuk Dr Jim Khor berkata model R15M diinspirasikan daripada jentera prestasi Yamaha tertinggi YZF-R1M untuk menawarkan gaya tunggangan ciri dinamik.

"Ia dikuasakan dengan enjin 155cc VVA sejukan cecair SOHC silinder tunggal menjana 19hp dan tork 14.7Nm, klac 'assist dan slipper', suspensi hadapan terbalik, sistem quickshifter dan rekaan pemegang 'triple clamp'," katanya.

Ciri lain dengan lampu posisi dan lampu hadapan dwi-fungsi LED serta meter digital LCD penuh dengan mod Street dan Litar serta keterhubungan Y-Connect.

Ciri keselamatan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua hala dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) antara yang dilengkapi pada model ini.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Signature M dan Monster Energy Edition serta Yamaha YZF R1M dijual pada harga RM14,998 (atas jalan tanpa insurans).

Disiarkan pada: June 29, 2022 @ 11:09pm
d