vroom

'Hantu' selekoh

Oleh Lizam Ridzuan

Bersempena dengan pembukaan ruang pameran Ducati Kuala Lumpur, diperkenalkan dua model ciri prestasi iaitu Panigale V4 R dan Monster SP untuk pasaran tempatan.

Sebagai model superbike ciri prestasi dan litar, Panigale V4 R dijana dengan enjin 998cc Desmosedici Stradale R menjana 218 kuasa kuda (hp) dan tork 113.6Nm.

Selain itu, reka bentuk gaya terkini dan aerodinamik dengan sayap bigplane gentian karbon bagi menawarkan kuasa tunggangan dan 'downforce' yang lebih baik termasuk mengurangkan rintangan angin dan meningkatkan kestabilan.

Casis jentera ini juga direka untuk kelincahan dan ketepatan pengendalian terutama untuk 'menawan' selekoh yang optimum menjadikan pengalaman tunggangan yang lebih mantap.

Ditambah pula dengan ciri-ciri elektronik seperti yang terbaharu seperti Track EVO pada meter termasuk Mod Power, Ducati Quick Shift (DQS) dan Engine Brake Control (EBC) untuk prestasi terbaik di atas litar. atau jalan raya.

Selain itu model ini juga dengan corak R serta nombor 1 yang diinspirasikan daripada jentera MotoGP dan buat pertama kalinya Panigale V4 R dibina dengan nombor siri dan nama model yang diletakkan pada 'billet aluminium steering stem'.

Sesuai dengan ciri eksklusif dan kuasa jentera Panigale V4 R dijual pada harga asas RM458,900.

Sebuah lagi motosikal yang dilancarkan iaitu Ducati Monster SP yang kini ditambah dengan peralatan teknikal bagi menawarkan gaya tunggangan sporty serta elemen corak MotoGP menambah gaya menarik untuk motosikal segmen naked ini.

Ia dijana dengan enjin 937 cc Testastretta 11º yang menawarkan 111 kuasa kuda (hp) dan tork 93Nm sesuai bagi kegunaan jalanan dan litar.

Ia juga dilengkapi dengan suspensi Ohlins, angkup Brembo Stylema, ekzos Termignoni dan tayar Pirelli Diablo Rossi IV untuk kawalan dan cengkaman lebih baik.

Ducati Mosnter SP juga dengan ciri DQS sebagai ciri standard untuk tukaran gear lebih lancar yang dijual pada harga asas RM98,900.

Disiarkan pada: June 4, 2023 @ 7:00am
d