Lukaku mahu beraksi dalam Liga Juara Juara. FOTO AGENSI
The Sun

PENYERANG Everton Romelo Lukaku berkemungkinan tidak berminat kembali semula ke pangkuan Chelsea.

Alasan pemain bintang itu adalah dia bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan Antonio Conte.

Malah Lukaku mengakui hatinya berbelah bahagi sama ada kembali ke Stamford Bridge atau berhijrah menyertai Manchester United.

Pemain Belgium berusia 23 tahun itu yang juga dalam laluan bergelar penjaring terbanyak untuk menerima Kasut Emas dan terdesak untuk menyertai Liga Juara Juara (UCL).

Spekulasi menyebut Diego Costa akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini.

Lukaku bimbang dia tidak akan menjadi pilihan utama Conte untuk menggantikan Costa disebabkan gaya permainan yang berlainan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 8:38 PM