JUVENTUS menewaskan Monaco 2-1 sekali gus layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara menerusi agregat 4-1 di Turin, Itali, hari ini.
Selepas kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama, gol Mandzukic dan Dani Alves mengukuhkan kemaraan kelab Itali itu sebelum tamat babak pertama.
Pemain Monaco, Kylian Mbappe menjaringkan gol sulung kelab itu pada minit ke-69.
Juventus akan ke perlawan akhir kedua dalam tiga musim dan bakal bertemu Real Madrid atau Atletico di Cardiff pada 3 Jun.